Sesungguhnya saya banyak belajar dari pelajar-pelajar saya. satu masa saya berpeluang berbual dengan pelajar-pelajar bijak, pencapaian markah dan prestasi CGPA nya cukup mengkagumkan salah seorang pelajar tersebut mengambil jurusan perubatan di UIA mendapat poin 3.95! saya tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mendapat markah setinggi itu. Bila saya bertanya dengan ikhlas beliau menjawab, saya tawakkal Ustazah! saya bertanya lagi cuba jelaskan maksud tawakkal awak tu? Beliau pun menjelaskan Tawakkalnya adalah dengan cara dia membaca keseluruhan tajuk dan topik perbincangan di kelas sehinggalah beliau rasa tak larat dan tak berdaya barulah dia bertawakkal pada Allah. Subhanallah... sungguh terkesan di hati saya dan saya belajar sesuatu dari anak muda ini. Bertawakkal sudah semestinya sikap kita kepada Allah tetapi sebelum bertawakkal perlu ada keazaman! Keazaman pula perlu diterjemahkan dalam bentuk usaha sepadu yang tidak bertepi, mengurus dan mendisiplinkan diri adalah satu azam, komited dan sabar adalah keazaman, target dan perancangan adalah keazaman. Maha benar Allah, keazaman bukan hanya semangat membara di hati ia perlu diterjemahkan dalam bentuk amalan. Pencapaian kita dan kejayaan kita bukan hanya pada semangat tetapi perlu dilancarkan dgn teliti barulah kejayaan akan diberi oleh Allah kepada kita. Maka Berazam dan bertawakkallah kepada Allah dengan sebenar-benar maksud.